Sebarkan firefox

Selama ini aku menggunakan perisian Firefox secara percuma. Dan, dah hampir 3 tahun aku menggunakan firefox. Aku suka browser ini berbanding Internet Explorer. Jadi, sepanjang 3 tahun nie, Firefox tak pernah mengenakan satu sen pun bayaran kepada aku dan mereka yang menggunakan Firefox.

Oleh yang demikian, aku ingin mengajak kengkawan aku bersama-sama kita memuat-turun perisian Firefox version 3 pada keesokkan hari (17 Jun 2007) kerana, mereka (pembuat firefox) akan mencatatkan rekod muat turun terbanyak dalam masa 24 jam. Apasalahnya kita support mereka, walhal sesen pun tak pernah keluar duit kita. Beginilah cara kita boleh support Firefox. Moh pakai Firefox 3.

Sehingga kini seramai 1,295,791 orang telah memasukkan diri dalam senarai pendownload. Di Malaysia sahaja, sebanyak 7,417 orang telah mendaftar. Untuk mendaftar, pergi ke lama 'Download Day'.

Mesyuarat di Terengganu

Minggu lepas aku berkesempatan untuk pergi ke Pusat Latihan Veterinar di Jerangau. Pada hari pertama, adalah hari untuk bermesyuarat. Agak lama tak jumpa pengurus-pengurus ladang yang lain. Apa lagik, malam tu memang rancak la kiter orang bermesyuarat. Memasing menceritakan perihal yang berlaku di ladang masing-masing supaya masalah dapat diatasi bersama dan pelbagai lagi isu-isu semasa di Jabatan Perkhidmatan Veterinar nie. Lepas bermesyuarat, kiterorang pergi melayan bowling pulak. Layan bowling pun sampai pukul 12 malam. Lepas tu, melepak kat kedai makan sampai pukul 1 pagi. Esok nak meeting nie. Bila balik bilik, bukannya masing-masing nak tidur. Layan borak lagik….sampai la mata aku dah cukup stim untuk tidur dalam jam 3.30 pagi dan meeting start pukul 8.30 pagi.

Selepas meeting, keesokkan harinya kami akan ada lawatan sambil belajar. Kami dibawa melawat ke ladang yang diusahakan oleh Kembar Teguh Sdn Bhd. Tertarik aku melihat ladang ini. Pedok ragutannya tiada sebatang pokok dan nampak hijau. Mereka menggunakan baja organik sebagai sumber baja mereka dan mereka juga memproses baja sebagai produk tambah nilai. Selain daripada itu, rumah kambing yang kecil atau mikro juga ada di sana. Rumah ini sesuai untuk dijadikan teduhan atau rumah khas untuk kambing yang dibiakkan (breeding). Insya-Allah, kadang kambing mikro ini akan dipamerkan di pameran MAHA 2008 kelak pada bulan 8 nanti.


Ini merupakan Dewan Kuliah yang disediakan oleh pihak Kembar Teguh.


Disebelah kiri ini adalah rumah kambing yang berkapasiti tinggi manakala disebelah kanan pula adalah stor makanan terbuka.


Utamakan Keselamatan


Gaya seorang juara. Memang juara pun, semua frame dia bantai menang. Hahahah….bodek sifoo…

 

Untuk melihat lebih gambar, klik sini.

Batu Putih

Ada seorang staff aku tanya, apa la penting sangat Pulau Batu Putih tu. Besarnya lebih kurang 2 padang bola jek. Aku cuma sengih jek. Aku memberi dia satu metaphor yang mudah.

Cuba kor bayangkan kor ada 2 ekar tanah. Dalam 2 ekar tanah tu, ada 0.3 ekar kawasan yang berpaya yang kor rasa kor tak leh nak buat apa dah. Jadi, kor pun mengusahakan tanah yang lagik 1.8 ekar tu. Tapi, dalam pada masa kor mengusahakan tanah tu, ada orang lain minta kat anak atau bini kor tanah yang berpaya tu. Maka, disebabkan masa mereka minta tu kor tak ada, katakan kor pergi outstation sampai sebulan. Maka anak atau bini kor bagi kat mereka tu. Dalam masa sebulan tu, orang yang minta tanah tu dah membuat kolam ikan kat sana. Ada pembangunan kat kawasan berpaya tu. Tempat tu jadi cantik, maju dan ada guna.

Bila kor balik, kor terkejut. Dah ada orang buat kolam memancing kat sana. Siap buat tempat mancing orang ramai lagik. Kor pun nak tuntut balik kawasan tu. Tapi, kor tau. Orang rumah kor dah cakap masa kor tak ada dulu, dia dah bagi kat orang luar tu buat pembangunan kat tempat paya tu. Tapi, semua dah terlambat. Kor pun bawak masuk court. Nak tuntut balik tempat kor tu. Adakah kor akan menang?

Apa pentingnya? Hey, adakah kita nak mengadaikan tanah air kita kerana kebodohan kita sendiri? Maruah negara kita. Tidak seinci pun tanah milik negara ini akan senang-senang diberi kepada orang luar. PAHAM!!!

KLCC

Pada minggu lepas, aku berkesempatan untuk pergi ke KLCC. Apa lagik, menembak jek la. Susah betul nak tangkap gambar objek yang ada reflex. Masa tu, aku tak bawak polarizer filter sebab tu tak jangka benda-benda macam nie. Ok la, aku paste beberapa keping gambar yang aku tangkap.


Sesambil tu, aku mencuci lens aku dengan menangkap gambar awek mat salleh nie.

Makhluk pelik

Ada satu makhluk tu, kalau kita buat salah sikit jek, dia akan cepat merajuk.

Ada satu makhluk tu, kalau kita beri puji sikit, dia akan cepat OK dah.

Apakah makhluk yang pelik tu???

Ia adalah perempuan. Makhluk ini memang pelik kan???kan??? Huhuhuhu…

Innocent Kiss

Maafkan aku

"Bot, dah berapa lama kor tak menulis???"

Itu adalah luahan abang aku yang meluahkan segala isi hatinya pada aku. Aku, macam biasa. Aku cakap aku tak ada masa nak menulis blog. Ahh, masa kan tak ada masa. Setiap manusia diberi 24 jam sehari tapi masih tak ada masa. Semua orang mendapat masa yang cukup dalam sehari tak ada lebih dan tak ada kurang. Jadi, alasan tak ada masa bukan alasan aku untuk tidak menulis.

Pada masa aku belajar dulu, aku selalu menulis. Nak kata tak ada masa, bukan alasannya. Ini kerana, masa belajar dulu pun sibuk jugak. Setelah aku termenung, memikirkan kenapa aku malas menulis blog, baru aku sedar. Aku sebenarnya telah lari dari tujuaan asal aku menulis blog, iaitu meluahkan isi rasa hati aku. Masa aku belajar, aku bebas. Kini, aku rasa apa yang aku lalui sepanjang hari, aku tidak boleh berkongsi bersama kalian semua. Aduh, terasa diri nie macam kena penjara pulakkan. Tapi, percaya la kawan-kawan ku, hidup sebagai vet memang menyeronokkan. Cuma ada beberapa perkara yang aku tidak boleh luahkan kerana ia dianggap isu sensitif bagi sesetengah pihak.

Mulut bagaikan terkunci, hati kata nak, tapi kita terbatas dengan perlakuan kita. Banyak cerita yang aku nak kongsi bersama korang semua dalam kehidupan ini. Ada yang sedih, ada yang menarik dan ada yang tak menarik langsung. Aku pohon kemaafan kepada pembaca blog aku jika aku jarang mencoretkan sesuatu di dalam blog ini.

Untuk pengetahuan kalian, aku telah sebulan setengah tidak menulis blog. Hahahahahah…ini merupakan rekod aku yang terbesar. Hahahaha, aku janji, aku tak akan ulang lagi rekod aku ini. Hahahahahah….

Alhamdulillah…

Alhamdulillah, pada 15 Mac yang lepas. Aku dengan rasmi telah bergelar suami kepada Suzalina yang aku kenali sejak 7 tahun lepas.

”Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa.”

Aku ingin menjemput kengkawan untuk datang ke Majlis aku pada 22 March 2008. Peta lokasi rumah aku ada di entry sebelum ini. Terima kasih.

P/S: Untuk melihat lebih banyak gambar. Sila klik di sini dan aku telah aturkan mengikut acara. Terima Kasih.

Jemputan ke majlis perkahwinan pemilik dobot.com.my

Dengan penuh kesyukuran, saya ingin mempersilakan sesiapa yang mengenali saya untuk menghadirkan diri ke majlis perkahwinan saya seperti tarikh di atas beralamat di 9321 Taman Guru Melayu, Jalan Kekwa 10, 70450 Seremban, Negeri Sembilan.
(Klik sini untuk melihat peta)

Aturcara majlis:
11.30 pagi hingga 3.00 petang – Jamuan makan
12.30 tengah hari – Ketibaan pengantin

* saya memohon maaf jika pihak tuan/puan tidak menerima kad jemputan. Terimalah laman ini sebagai pengganti kad.

 

Foto di bulan Mac

Untuk memulakan bulan March ini, aku ingin meletak beberapa keping gambar yang aku tangkap semalam semasa membuat ker rondaan di ladang. Sekarang nie musim panas, jadi rumput tidak berapa hijau. Tapi, ada beberapa tempat yang hijau kekuningan. Susah jugak nak tangkap gambar masa petang. Terutama masa hari lepas hujan sebab kengkadang gambar tu 'underexpose' disebabkan cuaca mendung.

Untuk melihat lebih banyak gambar akan datang, sila pergi ke foto album saya untuk bulan March 2008. (Klik sini)


Hijau kekuningan…


Oldies JPH


Jalan sempadan in progress…

Bila nak saksi

"Wajah mu sering ku mimpi"….

"Diri mu kerap ku mimpi"….

Rangkap di atas adalah salah satu rangkap lagu Spider yang tengah top sekarang, 'Bila nak saksi'.

Perempuan : Nanti awak tujukan la lagu Spider nie kat kite yek???

Lelaki : Eh??? Kenapa pulak???

Perempuan : Yea la, lagu nie sedap.

Lelaki : Ish, tak elok tau!!!.

Perempuan : Kenapa pulak?

Lelaki : Yea la, tak baik menipu. Sekarang nie memang tak pernah kite mimpikan awak. Bila malam jek, letak kepala. Terus lelap. Tak mimpi apa-apa langsung. Sedar-sedar jek dah pagi. Penat betul bila dah kerja nie.

Perempuan : Aduiii!!! teruknya mamat nie. Baru nak bermanja…. (perempuan berkata di dalam hati sambil menepuk dahi).

Moralnya:
1. Tak baik menipu, walaupun tunang sendiri.
2. Perempuan kena terima hakikat, lelaki adalah makhluk Allah yang JUJUR.
3. Orang perempuan memang suka main tuju-tuju. Cait…
4. Cari tempat yang sesuai untuk bermanja. Hahahahaha….

Nota kaki: Cerita di atas tiada kena dengan mana-mana individu.