Monthly Archives: April 2008

Maafkan aku

"Bot, dah berapa lama kor tak menulis???"

Itu adalah luahan abang aku yang meluahkan segala isi hatinya pada aku. Aku, macam biasa. Aku cakap aku tak ada masa nak menulis blog. Ahh, masa kan tak ada masa. Setiap manusia diberi 24 jam sehari tapi masih tak ada masa. Semua orang mendapat masa yang cukup dalam sehari tak ada lebih dan tak ada kurang. Jadi, alasan tak ada masa bukan alasan aku untuk tidak menulis.

Pada masa aku belajar dulu, aku selalu menulis. Nak kata tak ada masa, bukan alasannya. Ini kerana, masa belajar dulu pun sibuk jugak. Setelah aku termenung, memikirkan kenapa aku malas menulis blog, baru aku sedar. Aku sebenarnya telah lari dari tujuaan asal aku menulis blog, iaitu meluahkan isi rasa hati aku. Masa aku belajar, aku bebas. Kini, aku rasa apa yang aku lalui sepanjang hari, aku tidak boleh berkongsi bersama kalian semua. Aduh, terasa diri nie macam kena penjara pulakkan. Tapi, percaya la kawan-kawan ku, hidup sebagai vet memang menyeronokkan. Cuma ada beberapa perkara yang aku tidak boleh luahkan kerana ia dianggap isu sensitif bagi sesetengah pihak.

Mulut bagaikan terkunci, hati kata nak, tapi kita terbatas dengan perlakuan kita. Banyak cerita yang aku nak kongsi bersama korang semua dalam kehidupan ini. Ada yang sedih, ada yang menarik dan ada yang tak menarik langsung. Aku pohon kemaafan kepada pembaca blog aku jika aku jarang mencoretkan sesuatu di dalam blog ini.

Untuk pengetahuan kalian, aku telah sebulan setengah tidak menulis blog. Hahahahahah…ini merupakan rekod aku yang terbesar. Hahahaha, aku janji, aku tak akan ulang lagi rekod aku ini. Hahahahahah….